css templates
Mobirise

Kami komited dalam usaha kami sebagai penyokong sistem pembelajaran di Malaysia.

Mula menawarkan kelas tuisyen pada 2012 kepada hanya 3 orang pelajar, kami kini semakin berkembang dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan kami bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.

Kami percaya setiap pelajar mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap seorang mempunyai corak pembelajaran yang tersendiri. Di sini, tugas kami adalah mengenalpasti keistimewaan mereka dan menunjuk ajar kepada mereka agar lebih berdikari dalam menuntut ilmu.

Kerana setiap kita perlu sedar menuntut ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang, tetapi untuk hidup. 

Layarilah laman kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami dan kami akan cuba yang terbaik untuk menawarkan solusi pembelajaran untuk anak anda.


Pusat Tuisyen Pintar Ilmu is here for you.

SISTEM SOKONGAN

Kami sentiasa berusaha memastikan setiap pelajar, ibubapa dan penjaga yang mendapatkan khidmat kami berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Namun, kami juga insan biasa. Kami sentiasa mencuba yang terbaik, kami cuma memerlukan pengertian daripada ibubapa dan penjaga bahawa proses pembelajaran adalah proses  yang berterusan, ada pasang dan surut. 

Kemajuan dan pencapaian pelajar memerlukan masa dan kesabaran, tiada jalan singkat untuk terus cemerlang. Dengan usaha yang berterusan, kemajuan pasti akan tiba...